HOME

Khamis, 16 Mac 2017

Syurga Yang Dirindukan


Syurga. Tempat asal manusia.
Perjalanan ini begitu memenatkan
Terlalu banyak wabak yang memaut
Tatkala kaki mula melangkah meninggalkan jejak lalu
Balak dan bencana yang rencana sepanjang perjalanan ini
Membuat rawan di hati.
Membuat lemah di sendi lutut.
Berat Melangkah biarpun jiwa ringan telah diterbangkan oleh hembusan bayu senja.
Ternyata, jiwa muda ini merindui untuk kembali.
Terimalah aku disana.
Syurga. Ditanah asal manusia.

Jumaat, 6 Januari 2017

Budiman di Tengah Gila

Aku melihat dia dari banyak kaca mata
Memerhati dan kadangkala menyelami
Namun berjaga-jaga agar tidak lemas dalam memahami
Erti mabuk disiang hari

Budinya sering disalah erti
Baik dan jasa yang dilitupi
Oleh debu-debu mungkin kekecewaan
Ataupun sememangnya dari muda kenakalannya kekal

Separuh abad berlalu
Makin baik atau sebaliknya aku pun tak tahu
Kerana aku hanya memerhati
Biar budinya ditabur sekalian banyak
Tetapi budiman ditengah gila itu
Membuatkan orang sekeliling sekadar menjuihkan bibir