Khamis, 27 Jun 2013

Ingin Jadi Penulis? -Senarai Penerbit Buku di Malaysia (13 penerbit buku popular di Malaysia)

Ingin jadi penulis?
Mahu karya anda diterbitkan?

Industri penerbitan dan penulisan tanah air semakin pesat berkembang. Ramai yang bercita-cita ingin menjadi penulis. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk melihat karya-karya mereka diterbitkan dan berada di pasaran. di sini, saya sertakan senarai penerbit buku yang mungkin mahu menerbitkan karya-karya anda.

1.   Alaf21 Sdn Bhd.                                       http://www.alaf21.com.my/
2.   Telaga Biru.                                              http://www.telagabiru.net.my/v2/
3.   KarnaDya Solutions Sdn Bhd.                http://www.karnadya.com.my/v2/
4.   Karangkraft Sdn Bhd.                              http://www.karangkraf.com/
5.   Kaki Novel Sdn Bhd.                                http://www.kakinovel.com/
6.   Dewan Bahasa dan Pustaka.                 http://prpm.dbp.gov.my/
7.   Pustaka Hidayah Sdn Bhd.                     http://www.hidayah.com.my/
8.   Utusan Publications Sdn Bhd.                http://www.utusangroup.com.my/services/publishing
9.   PTS Publications Sdn Bhd.                     http://pts.com.my/
10. DAWAMA                                                 http://www.dawama.com/
11. Karya Seni                                                http://www.karyaseni.my/
12. Jemari Seni                                               http://www.jemariseni.com/
13. Buku Prima                                                http://www.bukuprima.com.my/



Penerbit-penerbit buku di atas ialah penerbit buku fisyen dan non-fiksyen. Bagi yang berminat dengan penerbitan buku teks dan ebook (juga penerbitan universiti), anda bolehlah melayari blog ini lagi pada masa hadapan.(buat masa ini saya akan menyediakan pautan(link) ke laman web penerbit-penerbit buku yang lain). Sekian.

87 ulasan:

  1. trima kasih untuk info.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum tuan/puan,saya telah menyiapkan novel pertama dan novel kedua dijangka siap hujung tahun ini,macamana cara untuk publish hasil karya saya,terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. tuan boleh mendapatkan maklumat di laman web mana-mana penerbit. contohnya penerbit karyaseni seperti di pautan ini; http://www.karyaseni.my/terkini-novel/panduan-hantar-manuskrip.html

      Padam
    2. sama-sama.Kalau dah terbit nanti bagitau la tajuk apa dan terbitan mana.

      Padam
  3. saya mohon pencerahan,bagaimana nak dapatkan 'Surat Akuan Karya',harap tuan/puan dapat membantu saya kerana syarikat yang disenarai di atas berkehendakan surat tersebut.,terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Surat akuan karya (atau apa-apa surat akuan) adalah surat rasmi yang ditujukan kepada pihak yang berkenaan (dlm kes ini penerbit) bagi menyatakan karya yang dihantar adalah asli dan tidak terlibat dgn sebarang keraguan seperti peniruan dan sebagainya. Ia biasanya disertakan bersama karya yang dihantar. Harap membantu.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Assalamualaikum,berapa lama proses yg diperlukan oleh penerbit utk mengesahkan manuskrip berjaya / ditolak ? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya 2 ke 6 bulan bergantung kepada penerbit.

      Padam
  5. assalamualaikum tuan,saya telah menghantar manuskrip kepada Syarikat Karyaseni,Novel saya bertajuk 'Zikri Cinta',sekian harap maklum.terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, harap berjaya mendapat hati penerbit dan juga pembaca.

      Padam
  6. Balasan
    1. asslamualaikum tuan bolehkah saya menghantar manuskrip lebih dari satu syarikat penerbitan,terima kasih.

      Padam
    2. biasanya hanya satu penerbit untuk sesebuah manuskrip. jika manuskrip tersebut ditolak, cuba hantar ke penerbit lain pula. Jika anda menghantar satu manuskrip dan salinannya ke lebih daripada sebuah syarikat penerbit, jika karya anda diterima oleh 2 atau lebih penerbit, anda terpaksa membatalkan urusan dengan penerbit yang lain. Perkara ini sebenarnya bergantung kepada sesebuah syarikat tersebut, menolak karya anda daripada diterbitkan oleh sesebuah syarikat enerbitan bukanlah sesuatu langkah yang bijak.

      Padam
    3. terima kasih atas pencerahan tuan,alhamdulillah

      Padam
    4. Assalamualaikum tuan/puan,manuskrip yang saya hantar gagal kerana mempunyai 20 000 perkataan sahaja sedangkan syarikat mahu 70 000 perkataan,saya pernah pergi ke kedai buku dan didapati ada novel cuma lingkungan 20000 perkataan sahaja, apakah syarikat yg sesuai dgn karya saya.mohon nasihat,terima kasih.

      Padam
    5. wslm. itu sy x pasti. tapi tuan boleh cuba untuk menghantar karya tuan ke mana2 penerbit yg menerbitkan buku2 nipis. tuan boleh buat pemerhatian di kedai buku dan semak penerbit buku yg menebitkan buku2 nipis yg berharga sekitar 15 ringgit.

      Padam
  7. assalammualaikum, saya nak tanya, boleh ke saya nak dapatkan penerbit disini?. sebab saya teringin juga nak terbitkan hasil karya cerita- cerita yang saya reka sendiri. sedikit daripada cerita - cerita yang saya reka, saya telah post kan dalam blogger saya. dan kebanyakan daripada pembaca yang melihat hasil cerita rekaan tu sangat tertarik apa yang saya kongsikan. jadi saya berniat nak novelkan cerita tu bila da habis nnt. cuma buat masa sekarang, saya masih mencari- cari penerbit yang boleh terbitkan hasil karya saya. boleh ke sapa2 bantu?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah sebenarnya untuk mencari penerbit yg mahu menerbitkan karya yg telah tersiar di mana2 medium samada internet atau pun syarikat penerbitan lain. apa2 pun sy cadangkan awk teruskan menulis tetapi jgn pamerkan keseluruhan karya anda di internet kerana perkara tersebut akan menjatuh kan nilai buku anda jika diterbitkan nnt. cuba siapkan karya anda dan hantarkan ke beberapa penerbit di atas. terima kasih

      Padam
    2. kalau tak kisah boeh kongsi blog karya anda disini. sekian

      Padam
  8. Salam..saya ada sebuah buku dari Indonesia yg ingin dicetak semula di Malaysia. Pihak penulis nya sudah pun bersetuju. Bagaimana caranya ya.

    BalasPadam
  9. Salam..saya ada sebuah buku dari Indonesia yg ingin dicetak semula di Malaysia. Pihak penulis nya sudah pun bersetuju. Bagaimana caranya ya.

    BalasPadam
  10. Salam..saya ada sebuah buku dari Indonesia yg ingin dicetak semula di Malaysia. Pihak penulis nya sudah pun bersetuju. Bagaimana caranya ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. sy tak pasti kaedah yg betul bagaimana. tapi anda boleh menerbit semula buku setelah mendapat izin bertulis daripada penulis dan penerbit asal buku tersebut. mungkin awak boleh bincang perkara ini dengan syarikat penerbitan di Malaysia. Terima Kasih

      Padam
  11. saya masih baru dalam bidang mengarang ni,saya ingin menghantar manuskrip saya,
    tetapi masalahnya di sini,saya tidak mempunyai alamat yang lengkap untuk menghantar manuskrip saya
    saya harap anda dapat membantu saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda boleh berbincang perkara ini dengan penerbit buku anda. sekiranya penerbit mahukan juga alamat RASMI/Surat menyurat/Tetap anda boleh selesaikan perkara ini degan dua perkara.
      1. Gunakan alamat rumah ibubapa anda ataupun saudara mara terdekat yang boleh depercayai. jika tidak boleh berbuaat demikian, anda boleh:
      2.Sewa Post Office Box (PO Box) di pejabat pos ataupun mana2 agensi yang menawarkan perkhidmatan ini. Kadar sewa untuk PO box adalah berpatutan dan biasanya dibayar untuk tempoh enam bulan atau setahun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati link ini. http://www.pos.com.my/postal-services/collection-services/?po-box
      Harap membantu. Kongsikan karya anda jika diterbitkan nanti. terima kasih

      Padam
  12. Tumpang tanya, saya ada tulis novel tapi dalam bahasa inggeris. Syarikat terbitan apa yang terima novel bahasa inggeris ya? Kalau mature content pulak macam mana? Ada ke syarikat terbitan yang terima novel camni kat malaysia?

    BalasPadam
  13. Tumpang tanya, saya ada tulis novel tapi dalam bahasa inggeris. Syarikat terbitan apa yang terima novel bahasa inggeris ya? Kalau mature content pulak macam mana? Ada ke syarikat terbitan yang terima novel camni kat malaysia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anda mungkin boleh cuba hantar ke mana-mana syarikat penerbitan spt Pelanduk (http://www.pelanduk.com/products_60_0_0.htm). Atau boleh hantar ke mana-mana penerbit indie atau boleh juga self publish. Tentang mature content pula biasanya penerbit indie lebih tolerant dgn mature content yg lebih atau gaya bahasa yg lebih celupar. Harap membantu.

      Padam
    2. S.A Hudson,harap saudara sudah mendapat penerbit yang sesuai utk menerbitkan karya saudara. Jika belum, Jemari Seni boleh menerbitkan karya saudara. Mereka telah menerbitkan beberapa buah novel berbahasa Inggeris dan ada di antaranya telah mendapat anugerah rasmi. bolehlah mencuba.

      Padam
  14. Assalamualaikum..bagaimna dengan karya puisi???ada tak syrikat pernerbitan yg terima?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam. Anda boleh cuba menghantar ke DBP atau ke Utusan Publication. Atau hantar ke Pertandingan Hadiah Satera Utusan. Jika berjaya karya anda akan diterbitkan. Sebelum itu karya perlulah terpilih untuk tersiar di dalam akhar Utusan Malaysia setiap hari ahad (Mingguan Malaysia).

      Padam
  15. boleh saya tahu syarikat mana yg boleh terbitkan buku pendidikan seperti nota-nota rujukan medikal ?

    BalasPadam
  16. boleh saya tahu syarikat mana yg boleh terbitkan buku pendidikan seperti nota-nota rujukan medikal ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.Biasanya untuk karya-karya ilmiah anda boleh cuba untuk menghantarnya kepada penerbit-penerbit buku ilmiah seperti pearson/oxford/longman dll.

      2.Atau anda juga boleh cuba untuk menghubungi penerbit-penerbit universiti tempatan seperti Penerbit Universiti Malaya SDN BHD, atau mana-mana universiti lain di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan menerbit buku ilmiah.

      3.Atau anda boleh cuba untuk menerbitkan karya anda secara maya seperti e-book dan boleh dijual di Google play untuk penguna telefon pintar android, playstore dan banyak lagi.
      harap membantu. Good luck.

      Padam
  17. Asalamualaikum, saya nak tahu ada tak syarikat penerbitan novel yang terima novel berunsur dewasa?

    BalasPadam
  18. Asalamualaikum, saya nak tahu ada tak syarikat penerbitan novel yang terima novel berunsur dewasa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      Novel berunsur dewasa seperti mana yang di maksudkan?
      1. Seperti Fifty Shade of Grey kah?
      2. Atau novel yang mempunyai persoalan-persoalan aras tinggi melibatkan permasalahan akidah, permasalahan 'world climate change' dll.

      Untuk persoalan ke dua, anda boleh cuba hantar ke PTS Publication.
      Manakala jika unsur dewasa yang dimaksudkan ialah perkara lucah dan ranjang saya tak nak masuk campur.

      Sekian, Terima Kasih
      Harap membantu.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  19. Assalamualaikum.. Saya Nur alimatul hakimah bt Nur azli.. Berumur 19 tahun..berasal dari johor,menetap di perak dan blajar di sg.buloh.. saya berminat utk mnjadi seorang penulis...Dan ingin mnjadi pewaris datuk saya...datuk saya juga seorang penulis novel...bgaimana ye saya blh mnceburi bidang ini...harap tunjuk ajar dari tuan...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikum salam.

      Sekiranya anda mempunyai sebarang karya. Sila hantar secara atas talian ataupun secara biasa kpd mana2 syarikat penerbit yg anda suka. Karya anda akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak penerbit. sekiranya mereka berminat dgn karya anda mereka akan menerbitkan karya anda.

      Padam
  20. Jika ingin mudah berurusan..bgaimana ye???saya tdk tau kmne perlu dihantar karya itu

    BalasPadam
  21. anda boleh hantar karya anda ke beberapa buah syarikat penerbit seperti yg sy telah beritahu di atas. Biasanya anda akan dikehendaki menghantar karya beserta sinopsis menggunakan emel ataupun anda boleh 'print' dan hantar karya anda ke syarikat penerbit secara pos biasa. jika layak, mereka akan menghubungi anda. pastika anda memberikan maklumat selengkapnya. setiap syarikat selalunya mempunya standard yg tersendiri. Jadi adalah lebih baik bg anda untuk menelefon mereka terlebih dahulu untk mendapatkan penjelasan lanjut

    BalasPadam
  22. saya salah seorang yang ingin menjadi penerbit novel. saya telah banyak kali tel syarikat alaf21, bukuprima dan karangkraf tetapi tiada seorang pun yang angkat panggilan saya itu. Jadi macam mana boleh saya menghubungi pihak terbabit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika anda ingin menjadi penerbit, anda boleh membuat satu syarikat penerbitan dan daftarkan syarikat anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dari situ, anda boleh menjadi penerbit. Tetapi, sekiranya anda ingin menerbitkan karya anda, anda boleh hantar manuskrip anda ke mana-mana syarikat penerbit. Cuba hubungi mereka di talian yang biasanya terdapat di dalam laman web mereka. Sekiranya gagal, anda boleh menghantar emel.

      Padam
  23. Terima kasih info๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  24. Tuan.....jika kita hntr manuskrip....bgaimna dgn royalti..royalti tu mcm mna eh

    BalasPadam
  25. Tuan.....jika kita hntr manuskrip....bgaimna dgn royalti..royalti tu mcm mna eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Royalti bergantung kepada pihak penerbit. Banyak faktor yang diambil kira sebelum kadar royalti ditetapkan. Kadar royalti setiap penerbit mungkin tidak sama dan kadar royalti untuk setiap penulis juga berbeza. Antara faktor-faktor yang diambil kira sebelum menetapkan royalti adalah, populariti penulis, jumlah terbitan(pertama kali atau sebagainya), kesetian penulis untuk menghantar karya, jenis karya (ilmiah, fiksyen atau dsb), jumlah terbitan, kadar jualan dan banyak lagi faktor lain. Malahan ada syarikat yang jika anda menerbitkan karya anda pertamakali dgn syarikat mereka, royalti dibayar secara lump sum dan karya seterusnya barulah diberi royalti berdasarkan jumlah jualan. Sekiranya anda berminat untuk menjadi penulis yang baik, lupakan dulu tentang royalti sebaliknya cubalah menulis karya yang bermana bukan seperti drama-drama budak SPM yang sering terpampang di kaca tv. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dan tahu hak sebagai penulis secara keseluruhan dari segi royalti dan hak intelek. Sekiranya anda berpeluang menerbitkan karya anda dgn mana-mana penerbit nanti pastikan anda membaca keseluhuran perjanjian dgn syarikat penerbit dan jika berpuas hati/bersetuju barulah anda menandatangani perjanjian tersebut. Sekia, harap menjawab soalan anda. Selamat berjaya.

      Padam
  26. assalam tuan. boleh tak tuan sertakan publisher malaysia yang menyediakan medium untuk menghantar manuskrip untuk publish poetry book ( english) ?

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, untuk poetry book Bahasa Inggeris, saya belum berkesempatan untuk mencari penerbit yang mahu menerbitkan karya sebegini di Malaysia. Anda boleh cuba menghantar ke mana-mana penerbit yang biasa menerbitkan karya-karya Bahasa Inggeris. Atau anda boleh cuba 'self-publish' karya anda. Sekiranya saya jumpa penerbit nanti saya beritahu.

      Padam
  27. assalamualaikum...karya sy yg bertajuk Pabila Dia Menguji dah 70% siap...Tapi bila saya ajukan soalan pada karyaseni,kenapa tak de yg jawab?

    BalasPadam
  28. Salam tuan, saya ingin membukukan cerita2 tentang salah seorang anak saya yang banyak saya kongsikan di blog saya. Ada ke penerbit yang ingin menerbitkan buku seperti ini. blog saya www.kesumaangsana.blogspot.com. banyak lagi yang masih dalam draft untuk dikongsikan. Penerbit mana yng sesuai utk saya majukan sekiranya saya berminat utk membukukan kisah2 sebegini. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, anda boleh cuba menghubungi mana-mana penerbit yang dirasakan sesuai seperti PTS Publication. Bagi karya biografi/autobiografi/kisah benar sebaiknya anda berbincang dahulu dengan mana-mana pihak penerbitan sekiranya mereka berminat. Untuk itu, anda boleh sediakan satu bab draft atau sinopsis untuk rujukan mereka. Harap membantu.

      Padam
  29. Terima kasih infonya. Saya berminat untuk menerbitkan karya penulisan saya. Nak tanya berkenaan penyuntingan manuskrip, adakah pihak penerbit menyediakan khidmat suntingan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Editor ada di setiap penerbit kecuali beberapa penerbit, yg saya tahu seperti fixi mungkin tidak ada atau editingnya terlalu minimal. Tapi sebagai penulis, eloklah anda pastikan keseluruhan karya anda tiada kesalahan tata bahasa mahupun ejaan kerana akan memudahkan proses pengeditan.

      Padam
  30. Saya seorang penulis tapi tidaklah dikenali sangat. Utk menghantar karya sekarang ini tidaklah terlalu susah. Cuba lihat saja di website syarikat penerbitan, akan ada satu ruang untuk cara-cara menghantar manuskrip. Selalunya hanya perlu emailkan saja manuskrip. Ada yang akan minta 10 bab pertama, ada yang akan minta sinopsis dan ada yang minta semua. Pastikan email ke syarikat penerbitan berkenaan disimpan sebagai bukti penghantaran. Tunggulah sehingga mereka selesai menilai. Kebiasaannya diberitahu di dalam website berapa lama masa untuk menunggu manuskrip dinilai. Jika sudab melebihi masanya, bolehlah hantar email untuk bertanya. Sekiranya penerbit sudah bersetuju untuk menerbitkan buku, nanti akan ada perjanjian dibuat. Dinasihatkan bacalah perjanjian itu sefaham-fahamnya untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Diingatkan "Penerbitan buku bukan saja penyebaran ilmu tapi juga perniagaan". Maka dalam perniagaan, ada banyak perkara berkaitan untung dan rugi. Sebab itulah penerbit biasanya akan push produk yang laris, dilariskan lagi.. kerana mereka mahu untung juga.
    Untuk penulis yang mahu menulis cerita dewasa a.k.a matang, saya nasihatkan hentikanlah. Anda hanya menambahkan masalah sosial di dalam negara dan keluarga. Ingat, apa yang ditulis itu saham untuk akhirat nanti, maka tulislah yang baik-baik. Cabul/Lucah itu bukan Sweet. Harap Maklum

    BalasPadam
  31. Salam Sejahtera Tuan. Saya ingin bertanya, bolehkah tuan bantu berikan saya emel-emel editor akhbar bagi ruangan puisi seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Sinar Harian dan lain-lain. Terima kasih Tuan.

    BalasPadam
  32. Assalammualaikum,mr Msn.Saya berminat untuk menulis karya tetapi umut saya baru 15 tahun.Saya nak tanya bolehkah saya menulis karya dan menghantarnya ke salah satu penerbit diatas tetapi umur saya baru 15 tahun?Harap tuan dapat balas pesanan saya dengan cepat.��

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum.. Sy teringin nk hntr karya novel sy.. Novel sy novel islamik.. Sy bleh hntr kt syarikat mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaalaikum salam.

      Boleh cuba hantar ke mana-mana syarikat penerbitan diatas.
      Mungkin PTS publication.

      Boleh emel sy untuk book agent/author manager.

      Padam
  34. asalammualaikum..saya ingin bertanya bolehkah pihak tuan membantu saya berikan senarai publisher yang menghasilkan buku-buku puisi? terima kasih

    BalasPadam
  35. assalam...dimana sy bole dapatkn novel hempasan ombak tingkatan 3

    BalasPadam
  36. tolong hubungi sy di 019-9888873....erwan

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum..

    Saya ad novel tp sedikit baru saya tulis..tidak ad ruang masa sebab belayar..so ada ad story yang ingin di kongsi bersama tentang kejayaan hidup dari pelajar tercicir UPSR sehingga menjadi ketua lautan iaitu Captain.Pencapaian di kejar selama 20 tahun tuk cita2 tersebut..

    Liku liku kehidupan penuh keperitan..kisah silam mengajar erti kemajuan tuk berjaya.. dari sek ren - terus sek tahfiz - sek agama - sek pondok - sek pondok - IKM alor setar - Akedemi laut malaysia *kelasi* ( zero to pro ) sehingga bergelar captain..
    Kisah hidup bermacam macam saya lalui untuk berjaya seperti orang lain..


    Jadi bagai mana saya ingin mengeluarkan novel saya tapi saya tak da masa menulia..

    Maap saya bertanya..tq

    BalasPadam
    Balasan

    1. Waalaikum salam. Tuan boleh hubungi sy (nizamshahrin@gmail.com) untuk dptkan khidmat penulis hantu(ghost writter) untuk abadikan kisah tuan. Ghost writter ialah penulis yg menulis kisah yg ingin ditulis oleh seseorang tetapi kerana kekangan tertentu dia tidak berkesempatan. Oleh itu dia upah ghost writter ni lah. Tetapi atas buku, pemunya kisahlah yg dianggap sebagai penulis.

      Padam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  39. Alhmadullilah dan syabas kpd penulis dan terus berkarya, demi menambah warisan sastera bangsa. Tapi yg paling mencabar, bila dah memeras otak, bersengkang mata, setelah karya udah berhasil... nak cari penerbit aduuuh naik lemas di buatnya, email tak jawab, editing berbulan2...

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum
    Sy ingin brtanye,kalau sy ingin mnerbitkan komik,dimana penerbit yg paling ssuai utk sy berurusan...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ada beberapa syarikat di Malaysia yang menerbitkan komik. Di Indonesia juga ada beberapa penerbit yang aktif menerbitkan komik.

      Sekiranya berminat untuk menerbitkan komik dan telah mempunyai idea kan konsep komik yang hendak dihasilkan. Boleh hantar SALINAN lukisan konsep/teaser komik tersebut bersama draft planing ke mana-mana syarikat.

      Antara syarikat tersebut ialah PTS Publication. Atau sekiranya mencari book agent/author manager, boleh emel sy di nizamshahrin@gmail.com.

      Sekian. Bagi komik, boleh baca tips di sini: http://niezamcomic.blogspot.my/2006/12/simple-tips-untuk-pelukis-komikkartun.html

      Padam
  41. Sy Chinese, kalau sy ingin menerbitkan buku saya (Saving Human Beings,On Human Extinction,
    The Biggest Problem)di Malaysia,penerbit mana yng sesuai utk saya,Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, banyak penerbit yang boleh menerbitkan buku bahasa inggeris.

      Buku itu jenis fiksyen atau non fiksyen?
      Jika non fiksyen boleh cuba hantar ke penerbit-penerbit indie atau pts atau dubook press atau beberapa lagi penerbit yang biasa menerbitkan buku bukan fiksyen.

      Jika ia sebuah fiksyen, biasa dihantar ke banyak lagi syarikat penerbitan.
      Dua tiga tahun kebelakangan ini, berdasarkan pemerhatian saya, jumlah penerbit meningkat dengan banyak sekali, dan tentunya penerbit-penerbit ini dahagakan karya-karya daripada penulis tempatan.

      Sekian.

      Padam
  42. assalamualaikum ... saya ada menulis tentang karya puisi .. tetapi saya tidak tahu nak hantar melalui mana-mana syarikat..

    BalasPadam
  43. Agak-agak syarikat penerbitan nk x terima penulis bawah umur?

    BalasPadam
  44. assalamualaikum,nk tanya saya ada tulis drama dan cerpen untuk komsas sekolah menengah jadi saya tak tahu nk hantar ke syarikat mana?

    BalasPadam
  45. Tuan,
    Saya berminat untuk menulis novel yang pertama saya. Adakah saya boleh menggunakan nama samaran selama lamanya dan adakah pihak penerbit boleh memberi jaminan nama atau identitisaya tidak diketahui oleh pembaca?
    Jika perkara ini dibolehkan apakah akan berlaku masalah lain seperti pertelingkahan soal Royalti dengan pihak penerbit dikemudian hari? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ja, nama pena/nama samaran (nama penulis di buku) boleh ja nk guna nama apa pun dan pihak penerbit tidak akan umumkan penulis jika anda minta untuk merahsiakan identiti sebenar daripada pembaca.

      Padam
  46. assalamualaikum,tuan.Saya telah menulis cerita pendek,drama,sajak,pantun untuk dimasukkan ke dalam buku KOMSAS pelajar sekolah menengah,tapi saya x tahu penerbit mana yg boleh saya hantar untuk dimasukkan ke dalam buku sekolah menengah?

    BalasPadam
  47. Salam tuan/puan, sy ada beberapa koleksi karangan bahasa melayu.. Kalau sy nk publish dalam buku buku rujukan karangan tahap sekolah menengah ... Mcm mn yer ? Terima kasih

    BalasPadam
  48. Apakah prosedur untuk saya terbitkan manuskrip yang telah ditulis.

    BalasPadam
  49. Salam...sy ingin bertanya apakah itu 'E-Book'?...sekian terima kasih

    BalasPadam