HOME

Sabtu, 26 Oktober 2013

Prosa Bangsa Bernada Hiba

Buat pejuang-pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air. Kerana bumi tercinta ini tempat tumpahnya darah. Sekalung budi dikenang, Ku ukir kata-kata hikmat untukmu. Tiada yang lebih baik untuk kita daripada kita melainkan daripadaNya.

Janganlah kau bersedih
Kekalahan kita tiada membawa kudis dalam perjalanan
Kemenangan belum bererti terluhurnya perjuangan
Dia telah memilih yang terbaik buat kita
Tiadalah makna untuk kecewa
      kerana kecewa kita bukan pada mata
      tetapi kita kaya jiwa
      itulah yang kita cari
      ingin mencapai kejayaan hakiki
      pada jiwa raga bangsa
      bukan pada mata hamba tak berdaya
      tetapi pada belas pandanganNya jua.


Kalau boleh sila baca dengan nada sedih,
sekian.
Mr MSN(oktober 2013)
-"aku bangun tiada bepersatuan, tetapi aku berdiri bersatu"
-"tiadalah guna persatuan tanpa bersatu kerana kita bersatu tanpa persatuan"